Wednesday, September 24, 2014

Guna Jus Lemon Untuk Putihkan Kulit Muka

Bagaimana cara memutihkan kulit muka menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah?
Menggunakan jus lemon sebagai contoh.


Artikel ini akan menunjukkan kepada anda beberapa cara mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit muka yang lebih cerah. Selain mencerahkan kulit anda, kaedah yang diterangkan di bawah juga boleh membantu pudarkan bintik-bintik hitam, tompok matahari dan noda-noda yang tidak diingini.

Cara memutihkan kulit muka dengan jus lemon segar
  • Potong sebiji lemon kepada separuh, hanya separuh akan digunakan dan simpan selebihnya di tempat sejuk, seperti peti sejuk untuk memastikan ia masih elok. Perahkan jus lemon tadi ke dalam mangkuk. Ambil kapas muka, rendam kedalam untuk menyerap jus lemon tadi kemudian gosokkannya di bahagian muka anda dan elakkan dari terkena mata. Selain dari bahagian muka, gosokkan juga ke bahagian leher agar warna kulit muka dan leher nampak cerah sekata. Biarkan selama kira-kira 15 - 20 minit sebelum membasuhnya dengan air suam. Selepas itu jangan lupa untuk sapukan pelembap pada bahagian kulit yang telah dirawat dengan jus lemon tadi. Kaeadah memutihkan kulit muka dengan jus lemon ini boleh diulangi 2 - 3 kali seminggu dan tidak digalak untuk menggunakan lebih dari sekali sehari. Jika kulit anda terasa pedih dengan jus lemon tadi, campurkan sedikit air untuk mengurangkan kekuatan jus lemon sebelum di gunakan.
  • Membuat masker lemon. Dengan pemakaian masker lemon, jus lemon yang berasid akan meresap perlahan-lahan ke dalam liang kulit dan secara beransur-ansur akan mengubah warna kulit menjadi lebih cerah. Cara menyediakan masker pencerah lemon ini mudah sahaja. Campurkan 1 sudu besar jus lemon, 1 sudu jus tomato, 1 sudu besar jus timun dan 1 sudu pes kayu sandal didalam satu bekas untuk dijadikan pes. Sapukan pes masker tadi pada muka dan biarkan ia bertepek selama 15-20 minit. Lepas itu baru bilas dengan air suam, keringkan muka dan sapukan pelembap. (Untuk kulit jenis kering, campurkan bersama 1 sudu susu tepung, 1 sudu besar madu, 1 sudu teh jus lemon, dan 2 titis minyak pati).

Nah..mudahkan guna jus lemon untuk putihkan kulit muka.
Bagi anda yang belum mencubanya, buatlah sekarang.