Saturday, February 8, 2014

Senaman Mudah Untuk Besarkan Payudara

Kaedah senaman adalah satu lagi cara murah dan selamat untuk memiliki payudara besar dan cantik. Tisu payudara terdiri daripada tisu adipos dan kelenjar susu. Namun, dibahagian bawah tisu-tisu tersebut pula ada otot yang boleh dikuatkan dengan melakukan senaman tertentu.

Jika anda belum tahu, memang terdapat senaman yang boleh digunakan untuk mengentalkan otot-otot di bahagian dada yang berpotensi untuk membesarkan saiz payudara. Cara ini memerlukan komitmen tinggi kerana perlukan masa agak lama untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.
Kalau anda nak cuba, dibawah ada contoh senaman mudah untuk besarkan payudara.

Video - Senaman untuk besarkan payudara


Thursday, February 6, 2014

Manfaat Herba Untuk Besarkan Payudara

Sebagai wanita, adakah memiliki payudara yang besar dan tegang itu satu kemestian?
Kepada golongan wanita yang mengutamakan susuk tubuh yang menarik, 90% akan jawab, "Ya".
Kemungkinan itu sebabnya kenapa kaedah mencantikkan payudara dengan pembedahan adalah sangat popular terutamanya di negara maju. Pembesaran payudara cara pembedahan menelan kos tinggi namun hasilnya memuaskan. Sebab itulah ramai juga wanita berkemampuan dari negara lain sanggup terbang ke negara seperti Amerika Syarikat untuk pembedahan membesarkan payudara.

Setiap pembedahan ada risikonya. Bagi wanita yang kurang mampu dan tidak berani berdepan dengan risiko pembedahan dan tidak sanggup menahan kesakitan selepas prosesnya, ada kaedah lain untuk mereka.

Pilihan yang lebih murah adalah cara semulajadi untuk membesarkan payudara.
 
Manfaat herba semulajadi untuk pembesaran payudara

Penggunaan herba semulajadi untuk membesarkan payudara bukanlah sesuatu yang baru. Cara ini telah pun diamalkan sejak dahulu lagi untuk meningkatkan pertumbuhan payudara secara semulajadi dan ia akan memberi hasil yang baik untuk kecantikan payudara. Zaman sekarang pun terdapat banyak ubat atau krim payudara yang terdiri daripada herba semulajadi yang menambah keberkesanannya.

Pengggunaan ubatan herba adalah cara membesarkan payudara yang lebih murah berbanding dengan cara implan payudara. 

Tiga herba semulajadi yang berupaya membesarkan payudara adalah:

Halba- mengandungi diosgenin (agen peransang yang bertindak seperti steroid) yang memberi kesan mastogenic, meningkatkan bilangan tisu sihat dan meransang pembesaran payudara.

Wild yam (Keladi liar)- khasiatnya menyihatkan dan menyumbang kepada pembesaran saiz payudara. Di kenali juga sebagai tonik kesihatan semulajadi untuk wanita. Keladi liar mengandungi phyto-nutrien yang menghasilkan tindakbalas sama seperti herba halba untuk meningkatkan saiz payudara.

Adas- Manfaatnya meransangkan kesan estrogenik. Estrogen adalah kumpulan hormon yang memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan sifat seksualiti dan sistem pembiakan wanita berada dalam keadaan normal. Estrogen juga dikenali sebagai hormon seks, dan salah satu peranannya adalah membantu pembentukan dan pembesaran payudara.

Terdapat banyak lagi herba lain yang meransang kesihatan wanita. Pada hakikatnya, penggunna herba dalam ubatan meransang kesihatan dan kecantikan memang selamat tetapi adalah lebih baik untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu kerana pengambilan berlebihan mungkin bawa mudarat. Bukan nak menakut-nakutkan, tetapi mengingatkan.
Bagi anda yang ingin besarkan payudara guna kaedah selamat dan murah, ubatan herba pilihan yang sesuai.

Wednesday, February 5, 2014

Cara Untuk Memutihkan Kulit Semulajadi

Orang Asia ingin berkulit seperti orang putih, orang putih pula tertarik kepada warna kulit orang Asia. "Putih itu cantik", begitulah selalunya tafsiran kebanyakan orang dan ini adalah normal. Kepada anda yang tidak setuju itu tidak bermakna anda tidak normal ye... 

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang merasakan kulit mukanya tidak begitu cerah dan ingin ketahui cara untuk memutihkan kulit tanpa kos yang tinggi, disini saya akan kongsi rahsianya. 
  1. Campurkan satu sudu gula dalam jus lemon kemudian gunakannya sebagai cecair untuk skrub muka. Skrub muka anda perlahan-lahan sehingga gulanya cair. 
  2. Ambil kupasan kulit buah mangga dan campur dengan satu sudu susu segar. Letakkan pada muka dan bahagian leher. Lakukan supaya wajah nampak lebih "glowing". 
  3. Rebus kulit kobis / biji jintan. Cuci muka dengan air rebusan tadi mampu memberi sinar serta memutihkan kulit wajah
  4. Campuran putih telur dan madu sebagai masker membantu kulit menjadi lebih tegang, cerah dan gebu. 
  5. Tomato adalah baik untuk kulit dan boleh digunakan sebagai bleach muka semulajadi. Tomato segar yang di potong nipis kemudian di ramaskan ke seluruh muka baik untuk memutihkan kulit secara semulajadi. Tip ini boleh dilakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat. 
Amalan-amalan di atas tidaklah susah untuk dipraktikkan asalkan ada kerajinan. Belanjanya pun tidaklah tinggi tapi kenalah komited. Kalau anda rajin, cubalah. Jangan suam-suam kuku dahlah, yang ruginya anda dari segi masa. 
Kalau nak ambil jalan mudah, dapatkan saja kolagen untuk putihkan kulit. Order Alofica Collagen segera.
Pengambilannya bukan saja untuk kulit tetapi untuk besarkan payudara.

Cara Gunakan Sengkuang Untuk Memutihkan Kulit Wajah

Pada hakikatnya memiliki wajah sempurna adalah mustahil. Namun, memiliki kulit wajah yang putih, licin sememangnya menjadi idaman semua. Kita dicipta oleh Nya memang berlainan. Justeru itu setiap individu memiliki jenis kulit berbeza.
 
Walau pada hakikatnya begitu, masih ramai kita, terutamanya kaum wanita masih sanggup melakukan apa saja untuk memutihkan kulit wajah. Sebenarnya, ada cara-cara yang boleh membantu agar penampilan wajah lebih menarik. Kaedahnya tidak semestinya menelan belanja ratusan ringgit. Apa yang diperlukan hanyalah perhatian dan usaha.

Berikut adalah satu tip untuk memutihkan kulit wajah semuladi menggunakan sengkuang.
 
Cara putihkan wajah dengan sengkuang
 
Sengkuang memang tidak asing kepada penghasilan produk kecantikan. Jika anda melihat kandungan bahan dalam produk kecantikan kulit, terutamanya produk pemutih kulit, sengkuang selalunya ada.
 
Cara memanfaatkannya senang saja...sengkuang di buang kulitnya, dibersih dan diparutkan. Lepas tu parutan sengkuang tadi di tepek kat muka sebagai masker.

Biarkan masker tu kat muka sekurang-kurangnya 15 minit, lepas tu barulah cuci bersih muka dengan air suam.

Hah..tu dia cara memutihkan kulit wajah semulajadi menggunakan sengkuang.
Kalau rasa malas nak pergi pasar beli sengkuang lepas tu nak parut-parut pula, beli je masker sengkuang kat farmasi.