Thursday, February 6, 2014

Manfaat Herba Untuk Besarkan Payudara

Sebagai wanita, adakah memiliki payudara yang besar dan tegang itu satu kemestian?
Kepada golongan wanita yang mengutamakan susuk tubuh yang menarik, 90% akan jawab, "Ya".
Kemungkinan itu sebabnya kenapa kaedah mencantikkan payudara dengan pembedahan adalah sangat popular terutamanya di negara maju. Pembesaran payudara cara pembedahan menelan kos tinggi namun hasilnya memuaskan. Sebab itulah ramai juga wanita berkemampuan dari negara lain sanggup terbang ke negara seperti Amerika Syarikat untuk pembedahan membesarkan payudara.

Setiap pembedahan ada risikonya. Bagi wanita yang kurang mampu dan tidak berani berdepan dengan risiko pembedahan dan tidak sanggup menahan kesakitan selepas prosesnya, ada kaedah lain untuk mereka.

Pilihan yang lebih murah adalah cara semulajadi untuk membesarkan payudara.
 
Manfaat herba semulajadi untuk pembesaran payudara

Penggunaan herba semulajadi untuk membesarkan payudara bukanlah sesuatu yang baru. Cara ini telah pun diamalkan sejak dahulu lagi untuk meningkatkan pertumbuhan payudara secara semulajadi dan ia akan memberi hasil yang baik untuk kecantikan payudara. Zaman sekarang pun terdapat banyak ubat atau krim payudara yang terdiri daripada herba semulajadi yang menambah keberkesanannya.

Pengggunaan ubatan herba adalah cara membesarkan payudara yang lebih murah berbanding dengan cara implan payudara. 

Tiga herba semulajadi yang berupaya membesarkan payudara adalah:

Halba- mengandungi diosgenin (agen peransang yang bertindak seperti steroid) yang memberi kesan mastogenic, meningkatkan bilangan tisu sihat dan meransang pembesaran payudara.

Wild yam (Keladi liar)- khasiatnya menyihatkan dan menyumbang kepada pembesaran saiz payudara. Di kenali juga sebagai tonik kesihatan semulajadi untuk wanita. Keladi liar mengandungi phyto-nutrien yang menghasilkan tindakbalas sama seperti herba halba untuk meningkatkan saiz payudara.

Adas- Manfaatnya meransangkan kesan estrogenik. Estrogen adalah kumpulan hormon yang memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan sifat seksualiti dan sistem pembiakan wanita berada dalam keadaan normal. Estrogen juga dikenali sebagai hormon seks, dan salah satu peranannya adalah membantu pembentukan dan pembesaran payudara.

Terdapat banyak lagi herba lain yang meransang kesihatan wanita. Pada hakikatnya, penggunna herba dalam ubatan meransang kesihatan dan kecantikan memang selamat tetapi adalah lebih baik untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu kerana pengambilan berlebihan mungkin bawa mudarat. Bukan nak menakut-nakutkan, tetapi mengingatkan.
Bagi anda yang ingin besarkan payudara guna kaedah selamat dan murah, ubatan herba pilihan yang sesuai.

No comments :

Post a Comment